Search This Blog

Perhatian: Kepada para pembeli semua, pastikan anda menghubungi kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang deposit/pembayaran penuh untuk memastikan stok barangan yang dibeli masih ada. Juga kepada yang telah membuat bayaran, sila maklumkan kepada kami untuk mengelakkan kekeliruan.

Kepada yang ingin membatalkan order, sila maklumkan juga. Do consider our time and effort.

Sekian, harap maklum.

Tuesday 7 June 2011

Tips Mencuci Botol dan Breast Pump






Salam semua,

Buat pertama kalinya, pihak Mom's Paradise ingin berkongsi sedikit tips untuk mencuci botol susu dan juga breast pump Philips Avent berdasarkan pengalaman.

Tapi maaf ya, tak ada gambar yang boleh dikongsi bersama sebab belum sempat lagi nak ambil gambar.

Okey, pertama sekali, selepas menggunakan breast pump atau botol, pastikan buka semua bahagian yang di'assamble' kan sebelum menggunakannya. Selepas itu, cucikan dengan air paip sedikit untuk menghilangkan sisa-sisa susu yang masih ada. Kemudian, ambil satu bekas (seboleh-bolehnya bukan bekas plastik yang ada BPA ya, untuk lebih selamat gunakan mangkuk kaca yang besar) dan isikan dengan air panas dan air paip. Kiranya, air tu suam-suam panas (lebih ke arah panas, tapi bukan panas sampai melecur tu ya). Rendamkan semua barangan tadi selama lebih kurang 5 minit. Tujuannya adalah untuk menghilangkan sisa-sisa yang melekat di breast pump atau botol.

Setelah 5 minit, cuci kesemua barangan tadi menggunakan cecair pencuci botol bayi dengan berus botol. Seboleh-bolehnya, jangan sental kuat-kuat ya... nanti bercalar-calar pula botol dan pam tu. Kalau boleh, untuk bahagian silicone petal dan diaphragm breast pump tu, sental guna jari selepas menggunakan berus botol. Ini adalah kerana kedua-dua bahagian tu agak lembut, kalau disental kuat-kuat guna berus, nanti cepat pula terkoyak. Selepas dah dicuci bersih-bersih dengan sabun, bilaskan dengan air dan kemudian sterilize. Mudah saja kan?

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa tujuan rendam dalam air suam-suam panas sebelum cuci dengan sabun? Tujuannya adalah untuk menghilangkan kesan-kesan susu yang melekat. Dengan cara ini, pam dan botol kita akan nampak lebih bersih dan nampak baru, lebih-lebih lagi bahagian silicone petal dan diaphragm tu. Kalau kita mencucinya tanpa rendam dengan air suam-suam panas terlebih dahulu, kedua-dua bahagian tersebut akan kelihatan kekuning-kuningan.

Macam pam saya, walaupun dah digunakan lebih setahun tiga bulan, silicone petal dan diaphragm tu masih belum diganti dengan yang baru dan ianya masih kelihatan seperti baru. Bersinar-sinar lagi! (Okey, bahagian ni dah terlebih-lebih, tapi yang pasti tidak kekuning-kuningan). Anda boleh cuba ya.

Sekian sahaja daripada kami. Selamat mencuba! Terima kasih.

4 comments:

Unknown said...

assalam..utk bhagian pam cuma cuci die pnye silicone dan botol pam je kan?sbb sye xtau mcm mana nk leraikan pam tu..hehe

Unknown said...

assalam..utk bhagian pam cuma cuci die pnye silicone dan botol pam je kan?sbb sye xtau mcm mana nk leraikan pam tu..hehe

Mom's Paradise said...

Kalau pam avent, biasanya hampir kesemua bahagian boleh dileraikan. Kalau jenama lain, mungkin ada bahagian tak boleh dibuka... jadi, bahagian yg boleh dileraikan dan terkena susu boleh dibasuh dengan cara di atas... terima kasih...:)

Unknown said...

mn nk dpt spare part diafragm tu?sy punya dh joyak sbb berus kuat sgt..huhu

Post a Comment

Please click OLDER POST for more items. :)