Search This Blog

Perhatian: Kepada para pembeli semua, pastikan anda menghubungi kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang deposit/pembayaran penuh untuk memastikan stok barangan yang dibeli masih ada. Juga kepada yang telah membuat bayaran, sila maklumkan kepada kami untuk mengelakkan kekeliruan.

Kepada yang ingin membatalkan order, sila maklumkan juga. Do consider our time and effort.

Sekian, harap maklum.

Monday 30 May 2011

Terima kasih...



Salam,

Terima kasih diucapkan buat semua para pembeli yang telah membeli daripada Mom's Paradise. Buat bakal pembeli yang lain, dimaklumkan bahawa stok-stok akan sampai pada hujung Jun ini, insya-Allah... Jika berminat, sila hubungi kami di 017-221 8451 atau e-mel ke moms.paradise87@gmail.com.

Sekadar makluman, diminta semua pembeli yang membuat deposit maklumkan kepada kami sekiranya anda telah membuat bayaran ke akaun kami. Ini kerana, ramai para pembeli lain turut membuat bayaran kepada kami. Jadi, untuk mengelakkan kekeliruan, pastikan anda maklumkan kepada kami ya, sama ada melalui e-mel atau SMS.

Untuk pengetahuan anda juga, selain barangan Philips Avent, kami juga ada membawa masuk pakaian bayi seperti pyjama, sleepsuit, bodysuit dan t-shirt yang cantik dan comel. Turut dibawa masuk adalah barangan untuk mandian daripada Marks and Spencer (shower gel, body lotion).

Semua barangan tersebut akan dimasukkan ke blog ini setelah ianya sampai.

Nantikan barangan kami ya!

Terima kasih...

Monday 9 May 2011

Pengumuman



Salam, semua...

Pihak Mom's Paradise ingin membuat sedikit pengumuman kepada anda semua. Sekiranya anda berminat dan serius untuk membeli barangan daripada pihak kami, anda bolehlah membuat deposit supaya kami boleh reserve barangan tersebut untuk anda. Untuk barangan yang stoknya terhad, ianya hanya akan di'reserve' kepada mereka yang membuat deposit terlebih dahulu. First come, first serve. Pastikan anda menghubungi kami terlebih dahulu untuk mendapat tahu tentang status stok (sama ada available atau sudah fully booked) sebelum membuat bayaran deposit ya...

InsyaAllah semua barang akan sampai awal Jun ni. Sekiranya barang sampai lebih awal, pihak kami akan memaklumkan kepada semua yang telah membuat bayaran deposit.

Terima kasih di atas kerjasama anda semua.

Sekian, wassalam.

Tuesday 3 May 2011

Terima kasih daun keladi... buat semua para pembeli...


Salam, semua...

Pihak Mom's Paradise ingin mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua para pembeli yang telah menempah Philips Avent Single Electric Breast Pump dan Philips Avent Manual Breast Pumps yang tiba pada hujung April yang lalu. Terima kasih diucapkan kepada Puan Zalina, Puan Salmah, Puan Sa'adah, Puan Samsiah, Mrs. Wong, dan para pembeli yang lain. 

InsyaAllah stok breast pump yang seterusnya akan tiba pada awal Jun 2011 ini. Stok barangan lain termasuk sterilizer, bottle warmer dan botol juga akan tiba pada awal Jun ini. Kepada mereka yang berminat untuk membeli, bolehlah membuat tempahan sekarang agar pihak kami boleh 'reserve' untuk anda.

Terima kasih.
Please click OLDER POST for more items. :)