Search This Blog

Perhatian: Kepada para pembeli semua, pastikan anda menghubungi kami terlebih dahulu sebelum membuat sebarang deposit/pembayaran penuh untuk memastikan stok barangan yang dibeli masih ada. Juga kepada yang telah membuat bayaran, sila maklumkan kepada kami untuk mengelakkan kekeliruan.

Kepada yang ingin membatalkan order, sila maklumkan juga. Do consider our time and effort.

Sekian, harap maklum.
Showing posts with label Tips. Show all posts
Showing posts with label Tips. Show all posts

Thursday, 31 May 2012

Philips Avent Manual VS Electric Breast Pump



Salam semua,

Hari ini kami nak kongsi sedikit tips yang mungkin berguna buat anda yang masih keliru untuk memilih pam jenis manual atau elektrik.

Okey, ramai yang tertanya-tanya, antara kedua-dua jenis Philips Avent breast pump iaitu Philips Avent Single Electric Breast Pump dan Philips Avent Manual Breast Pump, mana yang lebih baik?

Sebenarnya, untuk makluman anda, dua-dua bagus. Cumanya, sudah tentu jenis elektrik ada lebih advantage berbanding yang manual, kerana itu juga harganya lebih mahal daripada manual. :)

Untuk pengetahuan anda, Philips Avent Single Electric Breast Pump juga boleh digunakan secara manual. Anda boleh menggunakan kepala elektrik ketika adanya power plug. Boleh juga menggunakan battery pack (guna 4 biji battery AA), tapi makan bateri sikit... Dan, sekiranya tak ada power plug atau bateri habis, boleh ditukarkan ke kepala manual...

Antara kelebihan menggunakan pam jenis elektrik ialah:
1. Tangan tidak penat untuk mengepam secara manual dan masa lebih cepat
2. Boleh multi-tasking sambil mengepam (contoh: buat kerja di hadapan komputer sambil mengepam kerana hanya sebelah tangan sahaja perlu memegang pam)
3. Boleh menyusukan bayi sebelah, dan sebelah lagi mengepam (susu akan keluar lebih banyak kerana adanya stimulation daripada bayi)

Petal massage cushion yang direka untuk kedua-dua pam ini sangat membantu dalam proses mengepam kerana ianya tidak menyakitkan dan membuatkan ibu berasa selesa. Sekiranya ibu mengepam dalam keadaan yang tidak selesa dan menyakitkan, secara tidak langsung akan mengganggu penghasilan susu akibat stres.

Dari segi pengumpulan susu, lebih kurang saja kuantitinya antara pam elektrik dan manual (dalam tempoh yang lebih kurang sama). Dan untuk makluman anda, setiap ibu mengeluarkan hasil susu yang berbeza-beza. Jadi, jangan membandingkan susu yang anda kumpul dengan rakan anda. Yang penting, ibu-ibu semua dapat mengumpulkan susu badan untuk anak-anak yang tersayang, apatah lagi sekiranya ibu-ibu perlu bekerja atau berada jauh dari bayi.

Jadi, diharap tips yang diberi sedikit sebanyak dapat membantu ibu-ibu memilih pam. :)

*Tips yang diberi adalah berdasarkan pengalaman sendiri (Menggunakan kedua-dua jenis pam elektrik (ketika di pejabat / rumah) dan manual (ketika dalam kereta semasa pergi dan pulang dari kerja dan bukan memandu) pada setiap hari)

Tuesday, 7 June 2011

Tips Mencuci Botol dan Breast Pump






Salam semua,

Buat pertama kalinya, pihak Mom's Paradise ingin berkongsi sedikit tips untuk mencuci botol susu dan juga breast pump Philips Avent berdasarkan pengalaman.

Tapi maaf ya, tak ada gambar yang boleh dikongsi bersama sebab belum sempat lagi nak ambil gambar.

Okey, pertama sekali, selepas menggunakan breast pump atau botol, pastikan buka semua bahagian yang di'assamble' kan sebelum menggunakannya. Selepas itu, cucikan dengan air paip sedikit untuk menghilangkan sisa-sisa susu yang masih ada. Kemudian, ambil satu bekas (seboleh-bolehnya bukan bekas plastik yang ada BPA ya, untuk lebih selamat gunakan mangkuk kaca yang besar) dan isikan dengan air panas dan air paip. Kiranya, air tu suam-suam panas (lebih ke arah panas, tapi bukan panas sampai melecur tu ya). Rendamkan semua barangan tadi selama lebih kurang 5 minit. Tujuannya adalah untuk menghilangkan sisa-sisa yang melekat di breast pump atau botol.

Setelah 5 minit, cuci kesemua barangan tadi menggunakan cecair pencuci botol bayi dengan berus botol. Seboleh-bolehnya, jangan sental kuat-kuat ya... nanti bercalar-calar pula botol dan pam tu. Kalau boleh, untuk bahagian silicone petal dan diaphragm breast pump tu, sental guna jari selepas menggunakan berus botol. Ini adalah kerana kedua-dua bahagian tu agak lembut, kalau disental kuat-kuat guna berus, nanti cepat pula terkoyak. Selepas dah dicuci bersih-bersih dengan sabun, bilaskan dengan air dan kemudian sterilize. Mudah saja kan?

Mesti ada yang tertanya-tanya, apa tujuan rendam dalam air suam-suam panas sebelum cuci dengan sabun? Tujuannya adalah untuk menghilangkan kesan-kesan susu yang melekat. Dengan cara ini, pam dan botol kita akan nampak lebih bersih dan nampak baru, lebih-lebih lagi bahagian silicone petal dan diaphragm tu. Kalau kita mencucinya tanpa rendam dengan air suam-suam panas terlebih dahulu, kedua-dua bahagian tersebut akan kelihatan kekuning-kuningan.

Macam pam saya, walaupun dah digunakan lebih setahun tiga bulan, silicone petal dan diaphragm tu masih belum diganti dengan yang baru dan ianya masih kelihatan seperti baru. Bersinar-sinar lagi! (Okey, bahagian ni dah terlebih-lebih, tapi yang pasti tidak kekuning-kuningan). Anda boleh cuba ya.

Sekian sahaja daripada kami. Selamat mencuba! Terima kasih.
Please click OLDER POST for more items. :)